Tuesday 7 August 2012

Wednesday 1 August 2012

MAGAZINE

Ini merupakan projek terakhir yang diberikan dalam subjek ini yang mana semua bahan projek yang telah dipelajari seperti cara mengedit gambar dengan menggunakan aplikasi Adobe Photoshop, membuat flash kad dengan menggunakan aplikasi Adobe Illustration dan membuat poster dimuatkan kedalam buku ini .











METAL AND TEXTURE FONT DESIGN

Didalam subjek ini saya diajar tatacara menggunakan "Font" yang seakan-akan metal dan saya juga belajar membuat texture font design dimana tulisan yang digunakan untuk poster yang berunsur seram.

 Poster ini dihasilkan menggunakan tulisan Metal

Poster ini menggunakan tulisan Texture

Tuesday 31 July 2012

TECHNIC DRAWING WITH MAKERENDER

Teknik yang diberikan pada kali ini adalah lakaran yang menggunakan makerender.


Landasan keretapi

POINTERLISM

Pointerlism merupakan satu hasil karya yang menggunakan teknik titik yang membentuk satu lakaran yang menarik berdasarkan pemilihan objek serta penghasilan oleh seseorang pelukis. Lakaran tersebut memerlukan kesabaran dan ketekunan supaya hasil karya yang dihasilkan menjadi menarik dan sempurna.

Lakaran disebuah Menara Jam di Kota Bharu, Kelantan

Lakaran dihasilkan berdasarkan satu Fotografi.

CHIAROSCURO

Chiaroscuro perkataannya berasal dari Itali satu istilah dalam bidang seni yang literal bermaksud "Cahaya-Gelap" dengan itu saya lukisan saya ini ada bayangan warna gelap dan juga warna yang terang dan bercahaya.

Monday 30 July 2012

POP-UP BOOK PROJECT

 Projek ini dilakukan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang sahaja. Projek yang diberikan adalah membuat satu buku penceritaan yang mana dalam satu muka surat mesti ada objek yang timbul, sebab itulah ia dipanggil "POP-UP BOOK".
Maka disini kami membuat satu penceritaan yang mengisahkan seorang lelaki yang miskin ingin mengubah penghidupannya. Oleh yang demikian beliau telah bertekat untuk merantau ke kawasan lain supaya mendapat kesenangan hidup yang lebih sempurna dengan menaiki sebuah kapal layar.
Pelbagai rintangan yang beliau hadapi namun akhirnya beliau berjaya dengan bantuan sorang nenek kebanyan. Sejak dari itu beliau telah mendapat sebuah istana emas dan hidup dalam kaya raya.

Kelihatan sebuah pondok kecil.

 Sebuah kapal layar
 Seekor ikan Jerung
 Nenek Kebayan
Sebuah Istana Emas