Tuesday 31 July 2012

TECHNIC DRAWING WITH MAKERENDER

Teknik yang diberikan pada kali ini adalah lakaran yang menggunakan makerender.


Landasan keretapi

POINTERLISM

Pointerlism merupakan satu hasil karya yang menggunakan teknik titik yang membentuk satu lakaran yang menarik berdasarkan pemilihan objek serta penghasilan oleh seseorang pelukis. Lakaran tersebut memerlukan kesabaran dan ketekunan supaya hasil karya yang dihasilkan menjadi menarik dan sempurna.

Lakaran disebuah Menara Jam di Kota Bharu, Kelantan

Lakaran dihasilkan berdasarkan satu Fotografi.

CHIAROSCURO

Chiaroscuro perkataannya berasal dari Itali satu istilah dalam bidang seni yang literal bermaksud "Cahaya-Gelap" dengan itu saya lukisan saya ini ada bayangan warna gelap dan juga warna yang terang dan bercahaya.

Monday 30 July 2012

POP-UP BOOK PROJECT

 Projek ini dilakukan secara berkumpulan iaitu seramai dua orang sahaja. Projek yang diberikan adalah membuat satu buku penceritaan yang mana dalam satu muka surat mesti ada objek yang timbul, sebab itulah ia dipanggil "POP-UP BOOK".
Maka disini kami membuat satu penceritaan yang mengisahkan seorang lelaki yang miskin ingin mengubah penghidupannya. Oleh yang demikian beliau telah bertekat untuk merantau ke kawasan lain supaya mendapat kesenangan hidup yang lebih sempurna dengan menaiki sebuah kapal layar.
Pelbagai rintangan yang beliau hadapi namun akhirnya beliau berjaya dengan bantuan sorang nenek kebanyan. Sejak dari itu beliau telah mendapat sebuah istana emas dan hidup dalam kaya raya.

Kelihatan sebuah pondok kecil.

 Sebuah kapal layar
 Seekor ikan Jerung
 Nenek Kebayan
Sebuah Istana Emas

Thursday 26 July 2012

3D PAINTING

Sebuah lakaran lukisan yang menggunakan objek timbulan yang dilukis diatas kanvas mengunakan arcalic. Didalam lakaran saya ini objek yang saya timbulkan adalah seekor ikan emas yang mana ia merupakan watak utama dalam objek penceritaan saya. 
Ia mengisahkan seekor ikan emas cuba menukar tempat dari bekas yang kecil kepada bekas yang lebih besar dan selesa. Dengan itu ia mesti melepaskan halangannya ia itu tiga ekor kucing yang cuba menangkapnya untuk dijadikan makanan.
Disini saya mengabdikasikan bahawa seorang yang hidup dalam kesusahan ingin mengubah corak penghidupannya yang lebih baik dan selesa , dengan itu beliau harus menempuh pelbagai halangan dan dugaan hidup demi mencapai cita-citanya.
Jika diperhatikan dengan betul terdapat sebuah kapal layar dalam bekas kecil dan Sebuah kapal besar dan canggih. Ia mengambarkan sebuah penghidupan lama yang serba daif dan serba kekurangan, oleh sebab itu kapal layar tersebut karam kerana peredaran masa yang dilaluinya.
Manakala sebuah kapal moden yang lengkap mengambarkan kehidupan pada hari ini dalam serba kecangihan dan kemodenan. Sudah tentu kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Bahan-bahan yang saya gunakan bagi menghasilkan karya tersebut adalah seperti Arcalic, kanvas, dan Tepung siling Kapur yang dibancuh dengan air.

CARICATURE

Caricature adalah Sebuah karikatur adalah potret yang membesar-besarkan atau mengganggu intipati seseorang, haiwan atau objek untuk mewujudkan kesamaan visual yang mudah dikenalpasti. Dalam kesusasteraan, karikatur penerangan keterlaluan orang yang menggunakan beberapa ciri-ciri dan melampaui batas orang lain.
  Karikatur ilustrasi sindiran orang atau perkara , tetapi kartun adalah ilustrasi sindiran idea .
Karikatur boleh menghina atau menyindir dan boleh menyampaikan suatu tujuan politik atau dibuat semata-mata untuk hiburan. Karikatur ahli politik yang biasa digunakan dalam kartun editorial,manakala karikatur bintang filem sering ditemui di majalah hiburan .
Oleh itu saya membuat karikatur seorang ahli politik Malaysia Datuk Lee Guan Eng, iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang. Bahan-bahan yang saya gunakan adalah seperti Tanah liat(Mainan), Kertas suratkhabar, Gam, Dawai besi dan Frame gambar.

Friday 20 July 2012

PORTRAIT

Tugasan ini diberikan untuk melakar potret dengan menggunakan pensil pelbagai saiz dan juga pensil warna. Tujuan tugasan diberikan ini adalah untuk melatih para pelajar supaya tahu menggunakan teknik lakaran pensil dan juga pensil warna.
Lukisan ini dilukis menggunakan pensil pelbagai saiz.


Lukisan ini diwarnakan dengan pensil warna

Thursday 19 July 2012

FIGURE DRAWING

Tugasan pertama yang diberikan dalam subjek "Graphic Illustration" adalah untuk melatih para pelajar supaya mahir dalam teknik lakaran dengan itu bertepatanlah dengan teknik melukis anggota badan.
Varitions Of Head
Skull Drawing
Anatomy Eyes
Anatomy Nose
Anatomy Mouth
Anatomy Ears
Anatomy Feet
Anatomy Hand

DRAWING WITH ACRILIC

Lakaran lukisan yang diberikan pada Final Projek ini berkisarkan karya agung daripada pelukis terkenal, oleh yang demikian saya telah memilih seorang pelukis yang sangat terkenal iaitu Pablo Picasso yang dilahirkan pada 25 Oktober 1881 dan meninggal dunia pada 08 April 1973 pada umur 91 tahun.  


Ini adalah lukisan yang saya hasilkan berdasarkan warna yang seakan serupa pada karya asal. Lukisan ini ada makna tersendiri yang saya sisipkan disini. Bunga Liliy adalah sejenis bunga yang melambangkan kehidupan seseorang wanita. Asal usul bunga tersebut dikatakan dari Belanda tetapi ada juga yang mengatakan dari Turkishstan. Warna biru melambangkan ketenangan dan sporanya pula yang berwarna merah melambangkan satu kehidupan yang akan bermula. warna kuning melambangkan keayuanan seseorang gadis akan memulakan kehidupan dialam maya ini manakala dua tompokan warna merah dan oren memberi makna kemana arah yang patut ditempuhi. Warna putih memberi makna kesucian gadis dan tompokan merah digarisi oleh tiga calitan mengambarkan keberanian seorang wanita menempuhi cabaran, ranjau dan duri kehidupan. Warna hijau melambangkan kesuburan dan tompok-tompoknya  garisan didaun tersebut membawa erti kehidupan yang subur mempunyai batas-batas yang harus dituruti. Sekiranya tiada batasan kehidupan tersebut dibayangi oleh kegelapan. Begitu juga warna biruyang mempunyai tompokan biru membawa maksud kehidupan dalam ketenangan adakalanya perlu dibatasi. Warna kelabu mencerminkan kehidupan dalam kesunyian yang tiada erti kehidupan. Warna coklat pula memberi makna kehidupan adalah sementara dan tidak ada keabadian. Warna hitam melambangkan kehidupan didalam kegelapan.

CREATE COLOR AND PUBLISHING IMAGE

Tugasan yang diberikan adalah untuk membuat lakaran daripada gambar yang diambil dan selepas itu mewarnakan gambar tersebut dengan pensil warna ataupun dengan menggunakan "Water Color". Lakaran tersebut perlu dibuat dalam dua salinan iaitu satu lakaran tidak perlu diwarnakan dan satu lagi lakaran yang perlu diwarnakan.
Tujuannya adalah untuk mengetahui teknik dan cara untuk mewarnakan lukisan tersebut dengan material yang digunakan.

 
Lakaran menggunakan pensil warna
Lakaran yang belum diwarnakan
Lakaran seorang wanita yang belum diwarnakan
Lakaran yang diwarnakan dengan pensil warna
Seorang lelaki yang melihat gambar yang telah diambil didalam kameranya
Lakaran yang siap diwarnakan dengan menggunakan "Water Color"
Lakaran tersebut diambil disebuah taman

TECHNIQUES IN DRAWING

COMBINATION HATCHING, CROSSHATCHING, SCRIBLING, SHADING, STIPPLING
SHADING
HATCHING
CROSSHATCHING
STIPPLING
SCRIBLING

PERFECTIVE - CHARCOAL

Ini adalah satu hasil kerja yang agak menarik dengan penggunaan "White Charcoal" diatas kertas "Sugar Paper" .
 


LIGHT AND SHADE





NATURAL AND MADE

Ini adalah lakaran pertama dihasilkan dengan menggunakan bahan buatan manusia dan juga bahan semula jadi dihasilkan dengan dakwat cina.

Ini adalah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat lakaran tersebut.

Bahan semulajadi iaitu batang serai digunakan untuk membuat lakaran tersebut

Bahan semulajadi iaitu batu digunakan

POSITIVE AND NEGATIVE

Lukisan ini bertemakan konsep hitam dan putih yang menggunakan dakwat Cina untuk menghasilkan lakaran yang menarik dan sempurna.

Lakaran yang pertama menampilkan konsep hitam dan putih pada asasnya

Konsep tersebut dikembangkan pada objek tunggal yang menjuruskan Putih pada objek dan hitam pada latar belakangnya

Konsep tersebut menukar objek kepada hitam

Menggabungkan dua objek

Menggunakan teknik lakaran bulatan dengan gabungan dua objek

Menggunakan teknik