Thursday 26 July 2012

3D PAINTING

Sebuah lakaran lukisan yang menggunakan objek timbulan yang dilukis diatas kanvas mengunakan arcalic. Didalam lakaran saya ini objek yang saya timbulkan adalah seekor ikan emas yang mana ia merupakan watak utama dalam objek penceritaan saya. 
Ia mengisahkan seekor ikan emas cuba menukar tempat dari bekas yang kecil kepada bekas yang lebih besar dan selesa. Dengan itu ia mesti melepaskan halangannya ia itu tiga ekor kucing yang cuba menangkapnya untuk dijadikan makanan.
Disini saya mengabdikasikan bahawa seorang yang hidup dalam kesusahan ingin mengubah corak penghidupannya yang lebih baik dan selesa , dengan itu beliau harus menempuh pelbagai halangan dan dugaan hidup demi mencapai cita-citanya.
Jika diperhatikan dengan betul terdapat sebuah kapal layar dalam bekas kecil dan Sebuah kapal besar dan canggih. Ia mengambarkan sebuah penghidupan lama yang serba daif dan serba kekurangan, oleh sebab itu kapal layar tersebut karam kerana peredaran masa yang dilaluinya.
Manakala sebuah kapal moden yang lengkap mengambarkan kehidupan pada hari ini dalam serba kecangihan dan kemodenan. Sudah tentu kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
Bahan-bahan yang saya gunakan bagi menghasilkan karya tersebut adalah seperti Arcalic, kanvas, dan Tepung siling Kapur yang dibancuh dengan air.

No comments:

Post a Comment